Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.

Salam perkenalan kepada mereka yang pertama kali mengunjungi blog ini.

Tujuan blog ini dibangunkan adalah untuk memenuhi tugasan kerja kursus

Teknologi Maklumat Sekolah Rendah (KRT3013) dalam Program

Pensiswazahan Guru (PPG), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Pembinaan blog P&P ini adalah bagi satu topik pengajaran yang berdasarkan

sukatan mata pelajaran dari Kementerian Pelajaran Malaysia.

Blog P & P ini mengenai mata pelajaran

Matematik Tahun 1 topik Pecahan.



Norlaila Ab Wahab

D20112055045

Kump : EL-A18 (A121PJJ)

Tutor E-Learning : Pn Asmara Binti Alias

Sekian dan selamat belajar.



Ahad, 25 November 2012

3.  PECAHAN

3.1  Mengenal pasti konsep satu perdua dan satu perempat.

       i.  Mengenal pasti satu perdua dan satu perempat dengan 
           menggunakan perkataan 'setengah', 'separuh' dan 'suku'
           dengan menggunakan bahan konkrit, gambar dan
           lipatan kertas.





                   separuh atau setengah








                   suku







Jumaat, 16 November 2012

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN



RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

Tarikh / Hari     :           31.10. 2012 / Rabu               
Masa               :           9.00 – 9.30 ( 30 minit )          
Kelas              :           1 Terbilang                                        
Bil. Pelajar       :           35 orang
M / Pelajaran    :           Matematik
Tajuk               :           Pecahan
Standard Kandungan             :           3.1 Mengenal pasti konsep satu perdua dan satu 
                                                             perempat.
Standard Pembelajaran         :           i)    Mengenal pasti satu perdua dan satu perempat
                                                            dengan menggunakan perkataan ‘setengah’,
                                                            ‘separuh’ dan ‘suku’ dengan menggunakan bahan
                                                             konkrit, gambar dan lipatan kertas.
Objektif           :           Murid berupaya untuk :
                                  i. Menyebut nama pecahan satu perdua dan satu perempat.                                                        
                                  ii. Menamakan pecahan ‘separuh’, ‘setengah’ dan ‘suku’.
Bahan                         :           Kad gambar pecahan, manila kad, kad puzzle
Nilai                 :           Bekerjasama, tolong-menolong, prihatin
EMK                :           Keusahawanan, kreatif & inovatif dan teknologi.
Pengetahuan Sedia Ada        :  Murid telah didedahkan dengan perkataan ‘separuh’ dan
                                             ‘setengah’ dalam kehidupan seharian.


Langkah/Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran Pembelajaran
Catatan
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid

Set Induksi
(5 minit)

1.  Melipat kertas menjadi pecahan satu perdua dan satu perempat..

1.  Memberi murid kertas dan melipat bersama-sama kepada satu perdua dan satu perempat.
2.  Memperkenalkan murid pecahan.  


1.  Melipat kertas bersama-sama guru seperti yang diarahkan.
2.  Mengenali pecahan satu perdua dan satu perempat.

Kertas A4

Langkah 1
(10 minit)

1.  Konsep pecahan



1.  Memperkenalkan konsep pecahan, satu perdua dan datu perempat.
2.  Memperkenalkan istilah ‘separuh’, ‘setengah’ dan ‘suku’.
3.  Mempamerkan kad gambar pecahan dan minta murid memberikan jawapan.
4.  Melukis gambar pecahan di papan putih dan minta murid menulis jawapannya.


1.  Mengenal istilah ‘separuh’, ‘setengah’ dan ‘suku’. 
2.  Memberi jawapan bagi kad gambar pecahan yang ditunjukkan guru.
3.  Menulis jawapan bagi pecahan di papan putih.


Gambar pecahan

Kad perkataan

Langkah 2
(10 minit)

1.   Permainan matematik
‘Puzzle’


1.  Membahagikan murid kepada lima kumpulan.  Setiap kumpulan dibekalkan
dengan :
a.  kad manila
b.  kad puzzle
2.  Minta kumpulan menyusun kad-kad puzzle menjadi gambar pecahan yang lengkap di atas manila kad.
3.  Mempamerkan hasilan kerja setiap kumpulan.


1.  Menyusun kad-kad puzzle menjadi gambar pecahan yang lengkap secara kumpulan.
2.  Hasilan kerja kumpulan dipamerkan.

Kad Puzzle

Manila kad

Langkah 3
(5 minit)


1.  Pengukuhan
melalui latihan.


1.  Mengedarkan lembaran kerja dan minta murid menjawabnya.


1.  Menjawab soalan yang diberi.

Lembaran kerja

Jumaat, 2 November 2012

PEMBELAJARAN MATEMATIK KANAK-KANAK


Menurut Mohd Daud Hamzah (1996)kanak-kanak mempelajari matematik melalui kegiatan seharian tertentu. Ada beberapa aktiviti yang membantu kanak-kanak memperolehi konsep-konsep awal matematik iaitu aktiviti padanan (matching), penjenisan (sorting), reguan (pairing), dan susunan aturan (ordering).
Padanan ialah kegiatan memilih sifat tertentu dan membuat perbandingan. Penjenisan pula adalah kegiatan memilih sifat umum di kalangan bentuk-bentuk. Reguan merupakan kegiatan menyatakan keselarian objek-objek secara satu lawan satu. Manakala susunan aturan adalah kegiatan meletakkan perkara sepanjang satu barisan.Walau bagaimanapun, terdapat beberapa teori daripada pakar-pakar pembelajaran bagaimana kanak-kanak mempelajari matematik dan jenis matematik yang boleh dipelajari pada peringkat yang berbeza dalam perkembangan kognitifnya. Antaranya ialah Teori Piaget, Bruner, Gagne dan Dienes.
    
Sebagai seorang guru matematik sekolah rendah, kita harus memberi tumpuan terhadap perkembangan kanak-kanak pada peringkat operasi konkrit. Ketika usia sebegini kanak-kanak hanya boleh memahami konsep matematik melalui pengalaman konkrit. Oleh itu, alat bantuan mengajar dapat membantu murid-murid memahami konsep matematik. Paiget berpendapat bahawa asas pada semua pembelajaran ialah aktiviti kanak-kanak itu sendiri. Secara kesimpulannya, kanak-kanak belajar matematik melalui pengalaman dan pengamatan sesuatu perkara. Selain daripada itu, kanak-kanak juga dapat meningkatkan pemikiran dengan menghasilkan konsep baru. Ini bermakna pengetahuan boleh dianggap sebagai koleksi konsep-konsep dan tindakan-tindakan berguna berpandukan kepada keadaan dan masa yang diperlukan.