Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Salam perkenalan kepada mereka yang pertama kali mengunjungi blog ini.
Tujuan blog ini dibangunkan adalah untuk memenuhi tugasan kerja kursus
Teknologi Maklumat Sekolah Rendah (KRT3013) dalam Program
Pensiswazahan Guru (PPG), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Pembinaan blog P&P ini adalah bagi satu topik pengajaran yang berdasarkan
sukatan mata pelajaran dari Kementerian Pelajaran Malaysia.
Blog P & P ini mengenai mata pelajaran
Matematik Tahun 1 topik Pecahan.
Norlaila Ab Wahab
D20112055045
Kump : EL-A18 (A121PJJ)
Tutor E-Learning : Pn Asmara Binti Alias
Sekian dan selamat belajar.
Sabtu, 15 Disember 2012
EVIDENS PBS KSSR MATEMATIK TAHUN 1
http://www.scribd.com/collections/3475617/Evidens-PBS-KSSR-Matematik-Tahun-1
http://www.scribd.com/collections/3475617/Evidens-PBS-KSSR-Matematik-Tahun-1
Selasa, 11 Disember 2012
Ahad, 25 November 2012
Jumaat, 16 November 2012
RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
Tarikh
/ Hari : 31.10. 2012 / Rabu
Masa : 9.00
– 9.30 ( 30 minit )
Kelas : 1
Terbilang
Bil.
Pelajar : 35 orang
M
/ Pelajaran : Matematik
Tajuk : Pecahan
Standard
Kandungan : 3.1 Mengenal pasti konsep satu perdua
dan satu
perempat.
Standard
Pembelajaran : i)
Mengenal pasti satu perdua dan satu perempat
dengan menggunakan perkataan ‘setengah’,
‘separuh’ dan ‘suku’ dengan menggunakan
bahan
konkrit, gambar dan lipatan kertas.
Objektif : Murid
berupaya untuk :
i. Menyebut nama pecahan satu perdua
dan satu perempat.
ii.
Menamakan pecahan ‘separuh’, ‘setengah’ dan ‘suku’.
Bahan
: Kad gambar pecahan, manila kad, kad
puzzle
Nilai : Bekerjasama, tolong-menolong, prihatin
EMK : Keusahawanan,
kreatif & inovatif dan teknologi.
Pengetahuan
Sedia Ada : Murid telah didedahkan dengan perkataan
‘separuh’ dan
‘setengah’ dalam kehidupan seharian.
Langkah/Masa
|
Isi
Pelajaran
|
Aktiviti
Pengajaran Pembelajaran
|
Catatan
|
|
Aktiviti
Guru
|
Aktiviti
Murid
|
|||
Set
Induksi
(5
minit)
|
1. Melipat kertas menjadi pecahan satu perdua
dan satu perempat..
|
1. Memberi murid kertas dan melipat
bersama-sama kepada satu perdua dan satu perempat.
2. Memperkenalkan murid pecahan.
|
1. Melipat kertas bersama-sama guru seperti
yang diarahkan.
2. Mengenali pecahan satu perdua dan satu
perempat.
|
Kertas
A4
|
Langkah
1
(10
minit)
|
1. Konsep pecahan
|
1. Memperkenalkan konsep pecahan, satu perdua
dan datu perempat.
2. Memperkenalkan istilah ‘separuh’,
‘setengah’ dan ‘suku’.
3. Mempamerkan kad gambar pecahan dan minta
murid memberikan jawapan.
4. Melukis gambar pecahan di papan putih dan
minta murid menulis jawapannya.
|
1. Mengenal istilah ‘separuh’, ‘setengah’ dan
‘suku’.
2. Memberi jawapan bagi kad gambar pecahan
yang ditunjukkan guru.
3. Menulis jawapan bagi pecahan di papan
putih.
|
Gambar
pecahan
Kad
perkataan
|
Langkah
2
(10
minit)
|
1. Permainan matematik
‘Puzzle’
|
1. Membahagikan murid kepada lima
kumpulan. Setiap kumpulan dibekalkan
dengan
:
a. kad manila
b. kad puzzle
2. Minta kumpulan menyusun kad-kad puzzle
menjadi gambar pecahan yang lengkap di atas manila kad.
3. Mempamerkan hasilan kerja setiap kumpulan.
|
1. Menyusun kad-kad puzzle menjadi gambar
pecahan yang lengkap secara kumpulan.
2. Hasilan kerja kumpulan dipamerkan.
|
Kad
Puzzle
Manila
kad
|
Langkah
3
(5
minit)
|
1. Pengukuhan
melalui
latihan.
|
1. Mengedarkan lembaran kerja dan minta murid menjawabnya.
|
1. Menjawab soalan yang diberi.
|
Lembaran
kerja
|
Jumaat, 2 November 2012
PEMBELAJARAN MATEMATIK KANAK-KANAK
Menurut Mohd Daud Hamzah (1996), kanak-kanak mempelajari matematik melalui kegiatan seharian tertentu. Ada beberapa aktiviti yang membantu kanak-kanak memperolehi konsep-konsep awal matematik iaitu aktiviti padanan (matching), penjenisan (sorting), reguan (pairing), dan susunan aturan (ordering).
Padanan ialah kegiatan memilih sifat tertentu dan membuat perbandingan. Penjenisan pula adalah kegiatan memilih sifat umum di kalangan bentuk-bentuk. Reguan merupakan kegiatan menyatakan keselarian objek-objek secara satu lawan satu. Manakala susunan aturan adalah kegiatan meletakkan perkara sepanjang satu barisan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa teori daripada pakar-pakar pembelajaran bagaimana kanak-kanak mempelajari matematik dan jenis matematik yang boleh dipelajari pada peringkat yang berbeza dalam perkembangan kognitifnya. Antaranya ialah Teori Piaget, Bruner, Gagne dan Dienes.
Sebagai seorang guru matematik sekolah rendah, kita harus memberi tumpuan terhadap perkembangan kanak-kanak pada peringkat operasi konkrit. Ketika usia sebegini kanak-kanak hanya boleh memahami konsep matematik melalui pengalaman konkrit. Oleh itu, alat bantuan mengajar dapat membantu murid-murid memahami konsep matematik. Paiget berpendapat bahawa asas pada semua pembelajaran ialah aktiviti kanak-kanak itu sendiri. Secara kesimpulannya, kanak-kanak belajar matematik melalui pengalaman dan pengamatan sesuatu perkara. Selain daripada itu, kanak-kanak juga dapat meningkatkan pemikiran dengan menghasilkan konsep baru. Ini bermakna pengetahuan boleh dianggap sebagai koleksi konsep-konsep dan tindakan-tindakan berguna berpandukan kepada keadaan dan masa yang diperlukan.
Langgan:
Catatan (Atom)